10 Februari 2011

Patutkan Valentine disambut umat Islam?


HARI Kekasih atau "Valentine Day" kini semakin menular dan turut diraikan di kalangan masyarakat Islam terutama golongan muda di negara ini. Muda-mudi terutamanya akan membeli kad dan sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada kekasih, konon sebagai tanda ingatan dan kasih sayang ketika sambutan Hari Kekasih. Tidak kurang juga ada yang sanggup menghabiskan wang semata-mata mahu mencari sesuatu yang lebih berharga kepada pasangan.

Namun sedarkah kita, Hari Kekasih sebenarnya disambut sebagai memperingati bekas paderi besar Kristian iaitu St.Valentino. Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope.

Caliphate of Córdoba, circa 1000.

Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut  oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.

The interior of the Mezquita (Mosque), one of the finest examples of Ummayad Islamic architecture in Spain.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan  rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Khatolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang dikhaskan untuk St. Valentino sendiri.

Sudah jelas bahawa hari memperingati kekasih bukan berasal daripada adat, tradisi dan budaya Islam. Jadi, apakah asas kukuh untuk umat Islam turut meraikannya? Sementelahan pula, terdapat kisah dalam sebuah peperangan, seorang sahabat memacakkan pedang ke tanah lalu meletakkan serbannya di atas pedang tersebut. Perbuatannya ditegur oleh Rasulullah, kerana menyerupai perbuatan tentera musuh.


Sabda baginda: "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka tergolong ia dari kalangan kaum itu."
[Diriwayatkan Imam Ahmad dalam musnadnya juz II hal. 50, dan Abu Dawud dengan sanad jayyid hadis no.4031]

Jika perbuatan "menyerupai" yang sekecil itu ditegur oleh Rasulullah, inikan pula sambutan hari valentine yang diasaskan atas runtuhan kegemilangan Islam di sepanyol.

Hingga kini, amat banyak amalan yang bertentangan yang diciplak dari budaya, malah agama selain Islam, terus menerus diamalkan umat Islam atas alasan "adat" atau "kebudayaan". Beradat atau berbudaya tidak menjadi kesalahan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Malahan Islam sendiri membentuk satu budaya yang suci apabila syariat dan hukum tertegak dikalangan umatnya.

Satu persoalan, salahkah mengingati orang yang dikasihi? Sudah tentu tidak salah. Malah amat wajar orang yang dikasihi itu sentiasa diingati. Dengan ingatan yang berterusan, akan mewujudkan satu suasana harmoni dan kasih sayang. Ini amat digalakkan kepada umat Islam.

Ini bermaksud, mengasihi sesama umat mesti dilakukan sentiasa, tidak semestinya pada tarikh 14 Februari yang diraikan oleh musuh Islam itu.

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani itu kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut "millah" (jalan hidup) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar".
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. [Al Baqarah:2:120]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...