2 Ogos 2011

Ramadhan 1432 tahun 2011

Hari ini genap dua hari aku berpuasa bersama family ku di negeri Johor ini dan merupakan tahun ke enam aku di sini. Tapi aku sebenarnya sudah semakin tidak kisah. Bukan kerana aku sudah jemu memohon pertukaran tetapi aku menganggap sudah rezeki ku di sini. tak apa lah. Negeri Johor ni sebenarnya cantik dengan permandangan dan keindahannya. Orang-orangnya ramai juga yang berbudi bahasa, cuma segelintir sahaja yang otaknya tak berapa betul skit.

   Ok. Semua tu aku tolak ketepi. Bulan Ramadhan ni, bulan untuk memperbanyakkan pahala. Segala kebaikan digandakan pahala bagi sesiapa yang berbuat baik. Oleh itu, aku cuma ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432 dan selamat berpuasa.

10 Jun 2011

Datang awal ke pejabat

Mungkin orang akan berkata. Aku ni tak pernah datang awal ke pejabat ke? Tapi sebenarnya tajuk ni aku rangka untuk menceritakan kenapa. Okeh aku sambung, setiap Jabatan mempunyai undang- undangnya sendiri sama ada dari Kementeriannya atau dari pengarahnya. Suka atau tidak, sesiapa yang di bawah telunjuknya harus ikut. Jadi tempat aku bekerja ni ada satu undang-undang. Bukan satu la, tapi banyak. Antaranya membuka pintu pejabat. setiap manusia yang bekerja di sini akan mempunyai giliran membuka pintu pejabat apabila tiba masanya nanti. Tak susahkan nak ikut??

   Kebetulan pagi neh, giliran aku membuka pintu pejabat. So, mahu tak mahu aku wajib datang awal ke pajabat. Tapi untuk apa?? Bagi aku perkara neh bukan susah sangat pun. Cuma apa yang perlu bagi manusia yang dipertanggungjawab ialah datang awal, sebelum atau seawal 7 pagi. Bukan tiap- tiap hari pun. sebulan sekali. Itupun kalau nama manusia yang patut bertugas tu ada di senarai nama bertugas. Kediaman jauh bukan satu alasan bagi aku kerana aku sendiri tinggal di laluan Pontian-Skudai yang jaraknya hampir 27km. Ada juga rakan sepejabat yang tinggal di Kulai yang jaraknya lebih 60km setiap hari akan terpacak di depan pintu pejabat seawal jam 6.50 pagi.
  
   Aku ni sebenarnya bukan jenis seperti lembu cucuk hidung atau takutkan undang-undang dunia ni. Tapi yang pertama, aku memang ada prinsip aku sendiri taknak menyusahkan orang lain yang datang awal. Kedua, ini mencerminkan diri aku yang sebenar. Jadi kesempatan aku datang awal ke pejabat pagi ni, aku sempat mengedit gambar anak aku dan aku tempelkan beberapa keping.

Tapi sebagaimana aku ceritakan tadi. Aku bukan la sempurna, cuma peringatan bagi diri aku dan sesiapa yang membaca  cerita aku ni. Jadilah manusia yang tak menyusahkan orang lain dan jangan pula suka menyibuk hal orang lain. Adiossss. 













9 Jun 2011

Jangan Menilai Dari luaran

 Assalammualaikum.

Hari ni aku nak bercerita tentang satu  kejadian yang telah menimpa aku baru- baru neh. Seperti yang sedia maklum, aku baru jer berpindah di sebuah rumah flat di kawasan Taman Universiti seperti yang aku ceritakan sedikit dulu, flat di kediaman tempat tinggal aku ni terdapat masalah sosial remaja yang teruk. Di mana penuh dengan gegala sosial, Bohsianya, Vandalisemnya dan lain- lain yang tak perlu aku huraikan di sini. Tapi apa yang hendak aku ceritakan ialah perjalanan pengalaman aku tinggal di flat ini dari tarikh 27 Mac 2011.

   Pada awal permindahan aku di sini aku pernah menceritakan keadaan tempat tinggal aku di sini,  Selepas itu pelbagai kejadian menimpa kepada aku antaranya komponen motosikal aku dicuri. Aku pernah mendapatkan kepastian dari penghuni flat yang sama dengan aku bagaimanakah keadaan sosial flat rumah aku tu, aku difahamkan bahawa keadaan suasaana flat aku tu tidak selamat. terutamanya orang baru seperti aku. Tetapi aku tiada pilihan kerana bagi aku, sewa rumah yang aku dapatkan itu amat murah berbanding tempat tinggal yang lain di sekitar Bandar Johor Bahru.

   Rentetan dari tarikh aku mula melangkah tinggal di rumah tu. Kejadian pertama yang berlaku ialah pada 25 April di mana fius letrik rumah aku di curi sekembali aku dari Ayer Tawar Perak  iaitu aku pulang untuk membuat Akiqah anak sulung aku. Pada malam aku tiba di rumah, aku dapati lampu rumah aku tidak berfungsi seperti biasa. Aku turun ke bawah flat untuk mencari fius utama. Dalam masa yang sama, aku terserempak dengan seorang Hamba Allah neh, Aku panggilkan dia dengan gelaran Abang Zul yang pada masa tu dia mahu keluar ke kedai bersama anaknya. dari gayanya dia neh seperti orang India, tapi sangkaan awal ku salah, rupanya dia ni Mualaf. Aku menceritakan apa yang berlaku. Tak aku sangka dengan pantas dia meninjau apa yang berlaku , dari atas rumah aku hingga ke fius utama. di pendekkan cerita, selepas diketahui fius lektrik ku dicuri, dia sengera membuat sambungan. Jadi bermula pada malam neh aku mengenali abang zul neh.

   Untuk pengetahuan korang, Abang zul ni sebenarya seorang bekas banduan, mukanya bengis, berbadan besar. Dia ni tinggal di tingkat 4 atas rumah ku. Rupanya, dalam diam dia ni menarik perhatian remaja-remaja bermasaalah di kawasan flat rumah ku dengan memberikan nasihat agar berbuat baik serta menjaga keharmonian flat tempat tinggal rumah aku.

    Ada satu kejadian, di mana cermin sisi aku telah di curi pada 3 minggu lepas dan kebetulan sewaktu balik kerja semalam aku mengenal pasti cermin sisi aku di pasang pada sebuah motor seorang remaja yang tinggal berlainan blok datang melepak di flat aku. Malam tadi pula aku pergi berbual- bual kosong dengan Abang Zul di mana remaja- remaja bermasaalah juga ada bersama- sama abang zul. Dalam kerancakkan berborak tu, aku bertanyakan satu soalan pada salah seorang remaja tu adakah dia kenal tuan punya motor yang memakai cermin sisi aku tuh dan si adik tu mengatakan dia kenal tuan punya motor tuh dan bertanyakan kenapa pada aku. Aku tidak sengaja terlepas cakap bahawa cermin sisi aku hilang 3 minggu lepas dan ada pada motor tersebut. Memang aku tak sangka, Abang Zul neh terus naik angin dan mahu pergi memukul tuan punya motor tu. Keadaan amat kecoh jugak la. Yela, dah jam 1 pagi lebih.  Aku memujuknya perkara ni boleh diselesaikan dengan cara baik. Dalam masa yang sama, "Kepala" kepada remaja ni menelefon seseorang dengan nada marah! Entah bila masa dia hilang kemudian dia datang dengan sepasang cermin sisi motor. Aku kenal sangat cermin tuh, sah aku punya. Tapi Abang Zul tu tetap tak puas hati dan masih marah hendak mencari dan memukul tuan motor tersebut, aku memujuknya lagi. Keaadaan tenang seketika. Dalam masa yang tenang tu sempat juga Abang Zul tu berpesan pada Mikey iaitu "kepala" yang mencarikan cermin sisi aku tu agar tuan punya motor tu jangan mencuri lagi di flat kediaman aku. Selepas bersembang selama setengah jam tuh. aku meminta izin untuk pulang tidor. Dan pagi tadi, aku berjumpa dengan budak yang mencuri tu. Muka macam orang baik, berpakaian kemas, tidak seperti Abang Zul, Mikey dan budak bermasaalah yang aku jumpa malam tadi. Sebelum aku bergerak ke tempat kerja tadi, aku sempat bertanyakan dengan elok pada dia kenapa dia mencuri cermin sisi aku dan seperti yang di jangka, Haram dia tak mengaku dan berceritakan dia pulak menjadi mangsa. Emmm.. bagi aku lantak kau la. Kalau terjadi lagi memang budak neh tak sayang badan. dan pagi ni aku mencoretkan sebahagian kisah yang berlaku serta malam tadi.

Moral of da story. Tak semua orang yang pada luarannya jahat itu jahat. dan tak semua orang yang pada luaranya baik tetapi baik. Tapi kita kena lihat dari dalam hati seseorang tuh. seperti Abang Zul dan Mikey.  Anyway, aku berterima kasih pada Abang Zul dan Mikey  kerana mendapatkan semula cermin sisi aku yang tak berapa nilai tu. Thanks  a lots. Okeh, Insyaaallah jumpa lagi di entiti yang lain. Adiosssss....... 

6 Jun 2011

Fasha+Hirma VS Wan+Akila




Resepsi neh berlangsung di Perdana Park, Johor Bahru. Aku di pelawa oleh Adry dari Red Hut Studio. Terima kasih kerana sudi mempelawa aku yang kureng ilmu photography neh. Oh, minggu ni yakni 11 Jun 2011 Adry mengajak aku bersama-sama lagi untuk shot satu couple pengantin di Taman Perling, satu penghargaan bagi aku. Adry ni satu yang aku tak paham. Dia neh tak minta pun soft copy foto dari aku. Tapi apa-apa pun aku berterima kasih kat dia dan adiknya Wan. Terima kasih sekali lagi

Amalina + Azizul


2 Jun 2011

Resepsi Naili & Asraf

    anakaskarpencen.blogspot.com
    Photographer Mohd Khusaini
    Tel +060125804400

11 Mei 2011

Hari Ibu

Mungkin agak ketinggalan untuk aku menyebut selamat hari ibu. yang telah disambut seluruh dunia pada 8 Mei yang lepas. Tapi sebenarnya aku memang tidak menyambut Hari Ibu yang diperkenalkan oleh Barat atau bahasa kasar aku orang kafir Kristian. Kenapa aku bercakap sebegini rupa? Adakah aku derhaka kepada ibuku?Tidak mengenang jasa ibuku?? Tapi yang sebenarnya hari ibu ni merupakan satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba yang penyambut satu perayaan untuk Cybele iaitu ibu Dewa Yunani Agung. Aku petik petikan dari blog Azwan Dengkil untuk di kongsikan bersama korang bole rujuk di sini.
   Jadi, bagi aku, menyambut hari ibu tak payah lah menetapkan satu tarikh sahaja. Sebab bagi aku ini pemikiran tipikal. Bagi aku jugak, setiap hari adalah Hari Ibu, jadi sambut la bila-bila masa korang nak. Sebab itu yang aku buat sekarang. Balik kerja jaga anak pastu bagi peluang isteri ku untuk berehat. Sama juga bila balik ke kampung, buat segala kerja Umi aku dan bagi Umi aku berehat. 
       Point of da story. korang pikir la apa yang terbaik untuk balas jasa Ibu korang.






1 Mei 2011

UMUR KITA SEBAGAI MANUSIA

Selalunya, bila kita dengar ungkapan- ungapan hari jadi ialah, SELAMAT HARI JADI... SEMOGA PANJANG UMUR. Tapi berapa ramaikah yang sedar. Semakin hari, semakin pendek umur kita neh. Bagi aku la, mati tu bila-bila je bole terjadi. Waimah tengah makan nasi pun bole meninggal dunia.  Tapi berapa ramai orang Islam yang kat Malaysia ni pikir mati???aku ambik contoh kat Malaysia neh je la. Tengok budak- budak baru naik terkinja-kinja. Pakai baju tak cukup kain. Berlumba-lumba masuk program realiti. Untuk kejar glamour??? Mungkin akan ada orang kata kat aku. " Gi mampus la lu, hal orang lantak la". Memang hal orang lantak la. Tapi hal sesama Islam??? Nak buta mata ke nak buta perut??? Kemasyuran neh tak kan kenal lama. Dalam Al-Quran pun ada bagitau, tiada apa yang kekal kecuali Allah. Kita neh akan jadi macam buah apple. Wangi, rangup, lerliur kalau tengok masa 'fresh' tapi hari demi hari jadi busuk. macam kita ni sebagai manusia. Kulit akan berkedut, kendur, rambut beruban.Pernah tak kome tengok mak kome tido???kome tengok wajah dia. Cuba bandingkan wajah mak kome dengan 10 tahun lepas, ada perbezaan tak??? Aku sendiri tak sanggup nak bayangkan wajah ibu tua yang aku sayang bila-bila masa akan tinggalkan aku. Sebab ajal maut tu tangan tuhan. Mungkin aku yang akan pergi dulu. Mungkin aku akan mati tua. 

Aku buka entiti ni sebenarnya bukan apa,teringat kutbah jumaat baru neh. aku sekadar berpesan kepada diri aku dan sesiapa yang baca entiti neh.. pilihlah jalan idup yang betul. Penuhkan diri ngan amalan baik. Jangan sia-sia kan nyawa yang ada neh..Adios..


26 April 2011

Resepsi Zairul & Ina

Majlis ni aku hadir sebagai tetamu dan seorang kawan lama. Kebetulan aku balik adalah kerana untuk melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang ayah. Pada 23 April yang lalu, aku membuat Tahlil arwah abah aku iaitu Allahyarham Abd Rahman yang pulang kepada Nya pada 06 Jun 2008, selain tu, aku juga membuat doa selamat serta Aqikah anak sulung ku. Malangya tiada gambar yang dapat aku sertakan kerana aku sendiri mendukung bayi ku tuh.. Iyela aku kan bapak ekk.. Tapi entiti ni bukan pasal baby aku. tapi pasal resepsi si Zairul dan Ina neh yang berlangsung pada 24 April. So, ceritanya beginih.. Macam aku cakap kat atas tadi, aku hadir sebagai tetamu dan kawan lama. Dulu aku pernah kerja satu kilang ngn Zairul. Aku sebagai bos dia (HR Exec) dia sebagai buruh. Tapi gi mampus tentang jawatan, bukan bawak masuk lubang kubur pun. Balik kepada cerita Zairul, Zairul ni pernah dikianati oleh kawan baiknya sendiri (tapi kawan aku jugak) sehinggakan dia dibuang pekerjaannya. Masa tu aku dah join underground goment neh (aku tak bangga lansung pun). Hidup kawan aku ni dah la susah masa tu terus bertambah susah. Kecian dia neh. Macam-macam dia buat untuk hidup, bela ikan keli la, buat sawah la, menggewang haruan la (aku join skali kalau aku balik cuti), mengail udang (ngan aku jugak itu pun kalau aku balik cuti). Last-last keje kilang sardin kat 'round dabord'  pasar borong tu. Sapa orang Kemunting Taiping tau kot noooo..So kat sini la dia jumpa Ina neh yang sekarang menjadi suri rumah si Zarul tu. Tapi macam aku cakap tadi. Zairul ni bukan orang senang, Jenuh dia cari tukang ambik gambar. Pastu mahal nak mampus (katanya). Aku dengan tak sengaja meng'ofer' diri untuk ambik gambar yang sememangnya aku usung 7D aku ke mana-mana..PERCUMA kata ku!!! dengan rendah diri aku kata "SAYA BUDAK BARU BELAJAR" cuma apa yang tersirat dalam ati aku sebenarnya aku kecian dan sedih ngan Zairul biarlah aku penat terbaring ambik gambar dia, Janji Zairul neh ada satu kenangan yang dapat dia abadikan dalam bentuk gambar. Point of da story.. biar kita tolong orang tanpa habuah dunia. kejar habuan akhirat lagi bagus. Duit bagi aku bukan keutamaan, persahabatan lebih penting. Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah gila beb nak cari. Okeh, ni je kata-kata aku. Last skali, aku postkan 3 atau 4 keping gambar Zairul ngan Ina. Semoga berbahagia bro dan ramai anak..haha. Adios.







29 Mac 2011

MUHAMMAD HAFIZD IKHWAN

Hari ini genap sebulan umur anak lelaki tunggal aku. Bermakna hampir sebulan aku meninggalkan isteri dan anak ku. Aku hanya berkesempatan pulang ke Manjung, Perak hanya pada bulan 4 sahaja itu pun pasal nak buat Aqikah si kecik ni..Rindu pulak...oh lupa pulak. Hafizd ni dah ada sepupu beza hari hanya 25 hari sahaja.Namanya Muhammad Firas Iman InsyaAllah aku akan upload gambar dari handphone yang telah dikirim oleh isteri ku.



Muhammad Firas Iman 


Muhammad Hafizd Ikhwan

nota kaki : Kecik-kecik dah terserlah kehenseman

28 Mac 2011

PINDAH RUMAH BARU

Semalam merupakan hari pertama aku tido di rumah sewa baru di Skudai. Suasana amat selesa tetapi pada sebelah malamnya terdapat anak Melayu yang bodoh memekak dengan memulas trotel minyaknya sekuat-kuat pada jam 4.30 pagi. Tapi takpa, aku belum bawak anak aku kat Johor ni. Aku kira masih lagi bagi peluang. Kiranya aku sabarkan diri aku buat masa ni. Lepas ni jangan harap la budak tu nak selamat. Setakat ni apa yang aku boleh buat hanya lah bersabar... ( ^-^ )

25 Mac 2011

ANAK AKU DAN ISTERI AKU

Lamanya aku tak up date blog aku ni. Rasanya dekat 3 bulan ye. Sebenarnya, beberapa peristiwa bersejarah yang terjadi dalam hidup aku. Suka, duka, gembira, terharu dan bangga serta rasa tanggung jawap ada. Selepas pilihan raya di Labis, Segamat yang lepas. Aku mengambil keputusan bercuti selama sebulan bermula 12 Februari 2011. Ini adalah kerana aku dan isteriku menanti kelahiran anak sulungku iaitu Mohammad Hafizd Ikhwan yang selamat lahir ke dunia ni pada tanggal 28 Februari 2011. Alhamdulillah, Isteri dan anak ku selamat. Selama tak lansung status aku bertukar kepada ayah. Panjang lagi perjalanan hidup ini dan semakin besar tanggungjawab aku bukan ke atas diri aku malah kepada anak dan isteri ku jua.
 Gambar di atas ada lah isteri dan anak aku

22 Februari 2011

Sepetang di Teluk Batik

Aku telah sampai di rumah keluarga mentua ku petang Ahad lagi. First thing yang aku nak ialah melihat wajah wife aku, dah dua bulan aku tak jumpa dengannya. Setibanya aku di Ayer Tawar. Apa yang aku lihat ialah satu ekspresi wajah yang kesayuan dan bercampur kegembiraan. Itulah wajah seorang isteri yang dah lama tidak berjumpa dengan aku. Oh lupa aku nak bagitau, kami tengah menunggu hari kelahiran bayi sulung kami. Mungkin sehari dua ni lahir la kot anak kami.

Semalam aku keluar bersiar-siar bersama wife aku sebelum dia melahirkan anak kami. Tumpuan aku hanya satu iaitu Teluk Batik. Kenapa???simple answer je..aku dah lama tak ke tempat neh.. ni ada la beberapa keping gambar kami.




10 Februari 2011

Patutkan Valentine disambut umat Islam?


HARI Kekasih atau "Valentine Day" kini semakin menular dan turut diraikan di kalangan masyarakat Islam terutama golongan muda di negara ini. Muda-mudi terutamanya akan membeli kad dan sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada kekasih, konon sebagai tanda ingatan dan kasih sayang ketika sambutan Hari Kekasih. Tidak kurang juga ada yang sanggup menghabiskan wang semata-mata mahu mencari sesuatu yang lebih berharga kepada pasangan.

Namun sedarkah kita, Hari Kekasih sebenarnya disambut sebagai memperingati bekas paderi besar Kristian iaitu St.Valentino. Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope.

Caliphate of Córdoba, circa 1000.

Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut  oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.

The interior of the Mezquita (Mosque), one of the finest examples of Ummayad Islamic architecture in Spain.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan  rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Khatolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang dikhaskan untuk St. Valentino sendiri.

Sudah jelas bahawa hari memperingati kekasih bukan berasal daripada adat, tradisi dan budaya Islam. Jadi, apakah asas kukuh untuk umat Islam turut meraikannya? Sementelahan pula, terdapat kisah dalam sebuah peperangan, seorang sahabat memacakkan pedang ke tanah lalu meletakkan serbannya di atas pedang tersebut. Perbuatannya ditegur oleh Rasulullah, kerana menyerupai perbuatan tentera musuh.


Sabda baginda: "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka tergolong ia dari kalangan kaum itu."
[Diriwayatkan Imam Ahmad dalam musnadnya juz II hal. 50, dan Abu Dawud dengan sanad jayyid hadis no.4031]

Jika perbuatan "menyerupai" yang sekecil itu ditegur oleh Rasulullah, inikan pula sambutan hari valentine yang diasaskan atas runtuhan kegemilangan Islam di sepanyol.

Hingga kini, amat banyak amalan yang bertentangan yang diciplak dari budaya, malah agama selain Islam, terus menerus diamalkan umat Islam atas alasan "adat" atau "kebudayaan". Beradat atau berbudaya tidak menjadi kesalahan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Malahan Islam sendiri membentuk satu budaya yang suci apabila syariat dan hukum tertegak dikalangan umatnya.

Satu persoalan, salahkah mengingati orang yang dikasihi? Sudah tentu tidak salah. Malah amat wajar orang yang dikasihi itu sentiasa diingati. Dengan ingatan yang berterusan, akan mewujudkan satu suasana harmoni dan kasih sayang. Ini amat digalakkan kepada umat Islam.

Ini bermaksud, mengasihi sesama umat mesti dilakukan sentiasa, tidak semestinya pada tarikh 14 Februari yang diraikan oleh musuh Islam itu.

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani itu kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut "millah" (jalan hidup) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar".
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. [Al Baqarah:2:120]

2 Februari 2011

Kong Xi Fha Chai

Entah betul entah tidak apa apa yang aku tulis tu. Opis aku tiada staff berbangsa Tionghua untuk aku buat rujukan vocabulary. Tapi tak mengapa lah, aku cuma nak wish Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua.

    Diam tak diam dah masuk bulan dua ye. Sekejap je masa berlalu. Dah hampir 5 tahun aku kat Johor neh. Aku still belum dapat tukar. Eh, bercakap pasal pertukaran neh. Sekembalinya aku dari membuat tugas undercover aku neh. Terdapat la satu cerita, ke scandal??? Aku guna perkataan cerita la lagi bagus. 

   Ada la seorang kawan aku yang seopis neh, nama bukan sebenar Zul. Membuat sedikit penyiasatan halal tapi haram bagi orang lain kot. Siasatan neh lebih kepada ingin mengetahui status pertukaran kawan aku neh. Iyela, setahu aku la dah 11 kali kot dia neh hantar surat permohonan pertukaran. Tapi yang peliknya, satu pun tak lepas. Heran! Bukan dia sorang je yang minta tukar. Ada la 3-4 yang satu post jawatan/skim dengan dia minta tukar.

    Al-kisah dipendekkan cerita. Si Zul neh ambil inisiatif telepon JPA a.k.a Jabatan Perkhidmatan Awam. Berbekalkan salinan surat dari Ibu Pejabat yang kat Putrajaya tu la salinan kepada Kementerian lagi kat opis aku lagi. Yang Alauwiah katik tu sain kat surat tu. Macam real lah flow surat ni berjalan. Jadi si Zul ni pun tel la JPA tuh. Layanan staff kat JPA neh bagus betul. Sopan, berbudi bahasa. kira boleh dapat APC a.k.a Anugerah Pekerja Cemerlang tahun 2010.  

        Dipendekkan lagi, diberinya nombor rujukan surat tu kepada JPA tuh. Jawapan yang diterima amat memeranjatkan dan macam haram. "surat enchek TIADA DALAM REKOD". Peliknya, kat Kementerian ada salinan, kat opis aku pun ada. Apa yang diberitahu oleh staff JPA tu macam neh la lebih kurang bunyinya, " ada jabatan yang pernah buat macam ni kat staff dia"  maksudnya. Surat palsu la yang Ibu Pejabat sial tu buat. Beraninya si pelaku tu buat. Tapi tak mustahil ada kaitan dan campur tangan konspirasi monyet-monyet kat sini neh.Takpe lah Zul, maafkan je la si Haram J tu, lagi pun dah nak pencen tahun neh. Boleh cuba lagi dan disertai doa. Amin.


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58). 

         anakaskarpencen : Moral off da story neh, apa yang aku boleh buat kesimpulan, surat permohonan tukar aku neh mungkin telah dibakul sampahkan oleh pelaku-pelaku Haram J di Putrajaya tu. Takpela, setiap perbuatan tu ada balasan cik oii.. So, sapa-sapa yang nama pegawai kerajaan tu kerja pikirlah hak orang lain. Korang nak sapu duit pilihan raya ke, tender ke, sebut harga ke aku peduli apa, pasal yang makan haram tu bukan aku. Tapi tolong la pikir hak orang bawah macam zul, kawan- kawan zul dan tak kecuali aku. Doa orang-orang terinaya amat termakbul beb. Adios............

22 Januari 2011

PRU Kecil Tenang

Pagi tadi aku keluar dari 'port' aku seawal 5.50 pagi kerana di arahkan untuk bertugas. Dalam kesempatan bertugas tadi aku sempat snap beberapa keping gambar. Tetapi tidak sempat untuk mengoperate gambar-gambar neh. So, tengok je la.


















19 Januari 2011

Taman rekreasi Sungai Bantang, Bekok, Labis.

Petang semalam merupakan masa terluang bagi aku dan juga geng-geng sekerja aku. Sebelum itu, aku merancang untuk pergi ke tempat neh selepas mendengar cerita dari kawan- kawan aku yang pernah pergi ke sana. Jadi masa yang terluang ni bagi aku satu advantage bagi aku. Kami bergerak dari T***** pada jam 3.45 dan tiba ke sana lebih kurang jam 4.30. Setibanya kami di sana, tanpa berlengah masa masing- masing terjun ke lubuk yang di katakan sesuai (lubuk la sangat). Aku sempat juga mengambil beberapa keping gambar. Dalam keasyikan mengambil gambar tu. aku terjatuh bersama- sama kemera aku termasuk la dengan tripot. Hasilnya tripot aku patah dan kamera aku mandi buat pertama kalinya. Aduih...apa la nasib. malam tu aku membelek kamera aku tu. Nasib baik air tak masuk ke dalam. kamera aku selamat, siap malam tadi bole tengok gambar pastu gelak besar. Siot je budak- budak aku. Neh ada beberapa keping gambar aku lampirkan untuk sapa- sapa tengok.




16 Januari 2011

Getah Labis


Getah merupakan salah satu tanaman komoditi di Malaysia neh. Orang yang memperkenalkan getah di Tanah Melayu ni dulu ialah H.N Ridley. Aku buka skit bab sejarah tapi yang mana aku tau la. Baru- baru ni harga getah melambung tinggi, harga yang tertinggi yang aku tau setakat neh RM 17.00. Aku sempat gak interview seorang penoreh kat Labis neh.. rata-rata pendapatan sehari diorang neh RM 300! Banyak neh. Tapi tu la masalah yang timbul apabila di promosikan oleh media Malaysia neh. Kesannya terjadi lah rompakan terancang si pencuri-pencuri durajana. Kata si penoreh tadi la. Si pencuri neh siap tolong letakkan cuka getah untuk mempercepatkan proses pembekuan getah tadi. Kesian nasib penoreh Malaysia neh..harga turun pun susah, harga naik pun susah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...