19 November 2010

Manusia sebagai Khalifah


Aku masih ingat lagi semasa tingkatan 3 dulu. Aku pernah diajar bahawa manusia berada dimuka bumi ni adalah untuk menjadi khalifah. Khalifah ni bukan la maksud adik beradik ngan orang arab badwi. maksud khlalifah dalam konteks Islam ialah mentadbir dan memakmurkan bumi..bukan sahaja sesama manusia. Tapi terhadap alam ni. Justeru, aku berharap. marilah kita sama- sama menjaga keindahan alam ni. Agar anak cucu cicit kita tahu dan kenal apa itu alam..

16 November 2010

Nelayan Tanjung Kapal, Tanjung Pengelih






Minggu lepas, aku menghadiri satu bengkel peningkatan profenalisma anjuran jabatan di Tanjung Kapal, Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi selama dua hari 1 malam.

Tempat ni sudah banyak kali keluar televisyen semasa. Isu yang penah meletup satu ketika dulu ialah isu curi pasir. Selepas tu timbul pula isu PATI mendarat kat sini. Apa yang aku nak bagitau kat sini bukan isu pasir atau isu PATI.

Tapi apa yang menarik di sini ialah aktiviti nelayan di sini. Kadang-kadang mungkin diantara kita tak penah terpikir macam na nelayan kita ni turun ke laut, apa peralatannya.

Teringat pula zaman aku dulu. Arwah abah aku penah jadi nelayan lepas pencen askar. Ni ada beberapa keping gambar yang aku ambil dan aku nk share..ada time pagi dan ada time petang dan ada time tengah hari.






















Kanak-kanak

Entiti pertama aku ni aku post kan beberapa keping gambar anak-anak sedara aku. Bagi aku kanak-kanak manusia yang paling bersih.Sebab tu ada orang pernah berkata. Apabila budak membaca doa, doa yang diucapkan tu cepat dimakbulkan. Bagi aku 'no coment'. Sebab aku bukan orang yang layak berbicara tentang hal-hal kerohanian. Gambar ini diambil semasa Hari Raya tahun 2010

24 Januari 2010

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka

Kompleks Falak Al-Khawarizmi dirasmikan pada 1 Disember 2007 bagi mengkaji kejadian ilmu falak serta rahsia dalam alam cakerawala. Terdapat 3 bahagian utama dalam Kompleks ni.. a) Balai Cerap b) Planeterium c) Pusat Latihan Terletak di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka. Ramai yang tidak tahu kewujudan tempat ni (aku pun sama sebelum ni). Apa yang menarik bagi aku ialah tempat ni dibina untuk masyarakat kita, rakyat Malaysia la mempelajari ilmu Falak. Kompleks ni juga menumpukan aktiviti pelancongan bersaskan astronami, eko dan agro tourism sebagai suatu daya tarikan baru kepada pelancong untuk menginap. Jadi, aku mengesorkan tempat ni sesuai untuk dijadikan destinasi percutian kepada sesiapa..sebab dekat dengan pantai, malam bole tengok bulan pakai teleskoptik dan macam-macam lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...