Kenali Saya

Assalammualaikum dan hai to non-muslim.

Nama aku Mohd Khusaini. Aku seorang kakitangan awam yang berpangkat rendah sahaja. Aku memilih menggunakan nickname Anakaskarpencen kerana arwah ayanda ku bekas seorang pegawai tentera dan besar erti nama ni bagi aku juga seorang kakitangan awam bawahan menjadikan kerjaya photography sebagai kerjaya kedua. Mula serius menceburi bidang ini seawal tahun 2009. Aku bermula dengan mengambil potrait jabatan, lanskap, majlis rasmi jabatan dan juga program- program jabatan. Pelbagai kritikan pada awal pembabitan aku tapi aku jadikan panduan memperbaiki skil. Terima kasih atas dorongan isteri, sifo dan kawan-kawan photoghaper. Segala kelemahan dan kekurangan aku sentiasa memperkaiki dari masa ke masa demi kepuasan clien dan diri aku juga. aku menyediakan perkhidmatan pelbagai rakaman event, perkahwinan, pertunangan, outdoor & indoor, interior dan lanskap (boleh lihat di http://www.onechannel.asia/v1/ ). Kenangan, Realiti, Hakiki, dan Masa Hadapan perlu diterjemahkan dan direalisasikan dalam bentuk photo. 

Blog ini juga bukan sekadar tempat untuk menempel gambar, tapi juga sebagai tempat untuk aku kongsikan sebahagian hidup aku. Hiburan aku, kerjaya aku, rakan-rakan aku. Bagi aku hidup neh perlu dinikmati dengan jalan yang betul. Seimbang dengan dunia dan akhirat. Politik?aku tak berminat..tapi tak bermakna aku tak ambil perkembangan apa yang berlaku dalam Tanah Air aku ni. Akhir kata..aku harap sesesiapa yang membaca blog ni harap boleh berkongsi apa-apa sahaja yang baik dengan aku. Selagi nyawa di kandung badan, InsyaAllah ada kelapangan aku coretkan apa yang aku pikirkan untuk dikongsi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...