9 Januari 2011

Motosikal Estate


Salam. Semalam, hari Jumaat yang lepas. iaitu bersamaan 7 Januari 2010. Aku di tugaskan untuk membuat laporan mengenai satu program. Di mana program ini melibatkan para kaum ibu. Pengisian program ini adalah membaca Surah Yassin dan beberapa penyerahan bantuan kepada ibu tunggal.. Emm bagi aku golongan neh patut dibantu. Tapi isu yang ingin aku ketengahkan bukan lah tentang ibu tunggal. Program neh terletak di berhampiran kawasan estet getah. Tempatnya masih lagi di Labis. Cuma aku tidak bole detail kan terperinci lokasi tersebut. Apa yang menarik perhatian ku ialah sebuah motosikal Yamaha C80. Kalau di tempat asal aku, aku menggelarnya YAMAHA PEKAK. Motosikal neh jugak terdapat banyak dii kawasan Jengaka iaitu tempat aku belajar iaitu ITM Jengka!. Aku sempat gak shoot beberapa keping gambar buatr kenangan.. Emmm selepas program tuh pulak, adala sorang minah ni minta aku shoot gambar dia..emm tak pasal-pasal . tapi tak pelah..aku post plak dalam blog neh untuk kenangan aku jugak..hehh...
\

6 Januari 2011

Express Music 5800 Ku Hilang

Salam

Lama betul aku tak update blog aku ni. Al maklumlah aku ni jenis manusia yang kerjanya tak menentu. Dari Selatan ke Utara.Barat ke Timur. Ini lah kerja ku selama ni. Nasib baik isteri ku jenis yang memahami tugas suaminya. Sporting betul wife aku. Sehingga hari ni aku berada di Tenang, Segamat melaksanakan tugas underground aku. Takpe la mungkin beberapa tahun ni je kot aku buat kerja undercover neh. After that aku buka bisnes aku sendiri yang dah lama aku rancang. Aku pun dah buat beberapa survey dan study beberapa jenis bisnes yang aku nak buat. MLM? huh.. jangan harap nak ada dalam kepala hotak aku. Mengarut je tuh.

Ok stop! bukan neh yang aku nak cerita. Sebenarnya dalam dua minggu neh aku buat undercover neh. Tiap-tiap hari aku gi cyber cafe. Yela, kerja pun kerja la. Tapi bab sosial aku tak ketinggalan layan. Tapi tu la, dalam kelekaan aku melayari sesawang neh kan, bole lak berlaku kecuaian pada diri aku yang bagi aku mistake yang teramat lalai! Dah la Tenang ni tempat yang kurang pembangunan. Aku boleh plak tertinggal hp aku masa nak buat pembayaran kat anak tokey tuh. Dah sampai tempat penginapan aku baru teringat. Bila aku gi balik aku tanya budak tu, bole plak dia buat wayangdalam erti kata lain tak mengaku. Nak jadi kan cerita, malam tu aku repeat balik kat kedai tuh. Aku jumpa ngan bapak dia. Aku cakap baik- baik. Aku terangkan kan apa yang berlaku. Pastu dia suruh aku datang esoknya. Sah! HP aku ada dengan dia.

Sekarang ni aku ada dalm kedai CC depa neh. HP aku pun dah dapat balik. Tapi simcard dh kena buang. Sabar betul aku neh. Kalau nak ikut kan aku bole repot polis
tapi tak pe la.. Aku jadikan pengalaman untuk diri aku neh..Adios............

3 Januari 2011

Melangkah ke Pra Sekolah

Tanggal 3 Januari 2011 merupakan bermulanya permulaan sesi persekolahan bagi semua kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas. Tidak terkecuali bagi kanak-kanak yang mula memasuki pra persekolahan. Pada hari ini, kebetulan pulak aku keluar awal untuk bersarapan bersebelahan dengan sebuah TABIKA KEMAS di Bandar Labis. Sempat jugak aku masuk dan snap beberapa keping gambar gambar untuk tatapan umum.


KASIH IBU KEPADA ANAK KECILNYA

19 November 2010

Manusia sebagai Khalifah


Aku masih ingat lagi semasa tingkatan 3 dulu. Aku pernah diajar bahawa manusia berada dimuka bumi ni adalah untuk menjadi khalifah. Khalifah ni bukan la maksud adik beradik ngan orang arab badwi. maksud khlalifah dalam konteks Islam ialah mentadbir dan memakmurkan bumi..bukan sahaja sesama manusia. Tapi terhadap alam ni. Justeru, aku berharap. marilah kita sama- sama menjaga keindahan alam ni. Agar anak cucu cicit kita tahu dan kenal apa itu alam..

16 November 2010

Nelayan Tanjung Kapal, Tanjung Pengelih






Minggu lepas, aku menghadiri satu bengkel peningkatan profenalisma anjuran jabatan di Tanjung Kapal, Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi selama dua hari 1 malam.

Tempat ni sudah banyak kali keluar televisyen semasa. Isu yang penah meletup satu ketika dulu ialah isu curi pasir. Selepas tu timbul pula isu PATI mendarat kat sini. Apa yang aku nak bagitau kat sini bukan isu pasir atau isu PATI.

Tapi apa yang menarik di sini ialah aktiviti nelayan di sini. Kadang-kadang mungkin diantara kita tak penah terpikir macam na nelayan kita ni turun ke laut, apa peralatannya.

Teringat pula zaman aku dulu. Arwah abah aku penah jadi nelayan lepas pencen askar. Ni ada beberapa keping gambar yang aku ambil dan aku nk share..ada time pagi dan ada time petang dan ada time tengah hari.






















Kanak-kanak

Entiti pertama aku ni aku post kan beberapa keping gambar anak-anak sedara aku. Bagi aku kanak-kanak manusia yang paling bersih.Sebab tu ada orang pernah berkata. Apabila budak membaca doa, doa yang diucapkan tu cepat dimakbulkan. Bagi aku 'no coment'. Sebab aku bukan orang yang layak berbicara tentang hal-hal kerohanian. Gambar ini diambil semasa Hari Raya tahun 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...